Utama   /   Teknologi   /    DJI Mavic 2 Pro – Drone Terbaik Keseluruhan

DJI MAVIC 2 PRO

DJI Mavic 2 Pro – Drone Terbaik Keseluruhan

oleh | Ogo 30, 2020 | 0 Komen

Kenapa anda patut beli ini:
 Ia mempunyai semua ciri penerbangan yang anda mahukan di dalam drone, dan kamera yang terbaik dari Hasselblad

Untuk siapa:
Sesiapa sahaja yang mahu mengambil gambar yang cantik dari langit

Kenapa kami pilih DJI Mavic 2 Pro:

Drone ini mempunyai segalanya. Ia sangat hebat. Ia mudah alih. Ia dapat mengelakkan halangan secara autonomi. Dan yang paling bagus tentang drone ini adalah, ia mempunyai kamera yang menghasilkan beberapa imej udara yang paling terbaik yang pernah kita lihat. Sejujurnya, anda boleh mendapatkan kebanyakkan ciri ini dalam yang asal (dan masih lagi bagus) Mavic Pro, tetapi Mavic 2 Pro melakukan semuanya lebih baik.

Sebagai contoh, generasi pertama Mavic Pro hanya boleh mengesan halangan di bahagian hadapan sahaja, Mavic 2 Pro dilengkapi dengan sistem kesedaran alam sekitar yang bersifat omnidirectional. Ini bermaksud ia boleh melihat bahagian hadapan, belakang, atas, bawah, malah kiri dan kanan (walaupun kedua-dua bahagian yang terakhir hanya boleh dihidupkan  ketika dalam mod penerbangan tertentu).

Kamera Mavic 2’s juga diperbaharui dengan lebih canggih berbanding generasi sebelumnya (malah lebih dari it?). Disebabkan oleh sensor gambar 1 inci yang lebih besar dan teknologi pemprosesan yang lebih baik, Mavic 2 Pro boleh menangkap video 4K dalam warna 10-bit — yang mana ia boleh menangkap lebih daripada hampir satu bilion warna daripada sebelumnya. Ia juga mempunyai kawalan apertur, yang memberi anda lebih banyak kawalan terhadap pendedahan dan kedalaman medan.

Tambahan pula, ia sangat hampir serupa dengan asalnya dari segi saiz, bentuk, dan berat.