Utama   /   Sumber   /   24 Buku Terbaik dari Perintis Pemasaran Gabungan

24 Buku Terbaik dari Perintis Pemasaran Gabungan

oleh | Ogo 30, 2020 | 0 Komen

1. Superfans: The Easy Way to Stand Out, Grow Your Tribe, and Build a Successful Business 

oleh Pat Flynn  (Pengarang)

4.8 daripada 5 bintang dengan 269 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Pembeli, pengikut, pelanggan.
Sangat mudah jika melihat pada nombor sahaja. Berapa ramai yang suka? Berapa ramai yang beli? Berapa ramai yang melanggan emel? Tetapi sebagai seorang usahawan, kita perlu ingat bahawa ada orang lain di sebalik semua data tersebut. Mereka mencari kita untuk dipimpin, diberi nasihat, dan diambil berat. Dalam dunia yang berat sebelah ini, mereka ini mencari seseorang yang boleh dipercayai, dan mereka tahu siapa yang penting dalam fikiran mereka.

Mereka adalah orang tersebut, mereka akan menjadi peminat setia anda jika anda berhubung dengan mereka dengan cara yang betul. Pengikut mungkin akan “menyukai” catatan Instagram. Pelanggan akan membeli produk. Tetapi “Peminat setia” akan sentiasa menjadi penyokong terbesar anda. Mereka akan mempromosikan diri and dan produk anda kerana anda telah membuat perubahan dalam hidup mereka. Mereka akan bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan menghantar emel yang memberangsangkan kepada anda.

Sama ada anda seorang YouTuber pemalu yang baru mula, atau peneraju syarikat Fortune 500, peminat setia anda sentiasa bersama anda untuk memberi sokongan. Anda tidak perlu mengubah seluruh dunia untuk membina perniagaan yang berjaya; anda cuma perlu mengubah dunia seseorang. Orang tidak akan terus menjadi peminat setia sebaik sahaja menemui anda. Mereka berubah menjadi peminat setia anda kerana momen ajaib yang anda cipta bersama mereka dari masa ke semasa.

2. Will It Fly?: How to Test Your Next Business Idea So You Don’t Waste Your Time and Money Paperback – Februari 1, 2016

Oleh Pat Flynn  (Pengarang)

4.8 daripada 5 bintang dengan 922 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Jangan terkejar-kejar untuk membina perniagaan dengan idea yidak matang, teori sesat, dan bentuk khayalan diri yang lain. Kekurangan pengesahan yang betul boleh memufliskan perniagaan lebih dari segalanya. Joel Barker pernah mengatakan bahawa, ‘Kelajuan hanya berguna jika anda berlari ke arah yang betul.’ Will It Fly? akan menolong anda supaya anda berada di jalan yang benar.

Ia menjawab persoalan seperti:

  • Adakah idea perniagaan anda mempunyai merit?
  • Adakah ia akan berjaya di pasaran seperti apa yang anda sedang lakukan, atau ia hanya membuang masa dan sumber?
  • Adakah ia idea yang bagus untuk anda?

Dalam erti kata lain, adakah ia akan berhasil?
Pelbagai cadangan praktikal yang anda boleh gunakan untuk idea perniagaan anda hari ini, Will It Fly? menggabungkan latihan berdasarkan tindakan, ‘ujian litmus’ berskala kecil, dan kajian kes dunia nyata dengan anekdot daripada pengalaman peribadi pengarang menjana wang dalam talian, menganjurkan podcast yang berjaya, menguji laman web khusus, dan melancarkan beberapa perniagaan dalam talian.

Will It Fly? akan mencabar minda anda untuk berfikir secara kritis, bertindak dengan sengaja, dan lakukannya dengan berani. Anda boleh menganggap buku ini sebagai manual penerbangan perniagaan anda, sesuatu yang boleh anda rujuk untuk nasihat yang jujur dan telus ketika anda ingin menguji idea anda dan membina perniagaan dari mula hingga berjaya.

Dalam lima bahagian, Will It Fly? akan mendedahkan anda tentang pengesahan idea perniagaan anda yang seterusnya:

  • Bahagian pertama, Perekaan Misi, bantu anda memastikan idea sasaran anda selari dan menyokong matlamat anda.
  • Bahagian kedua, Makmal Pembangunan, membawa anda membongkar maklumat penting tentang idea yang anda tidak pernah fikir sekalipun.
  • Bahagian ketiga, Perancangan Penerbangan, adalah mengenai penilaian keadaan semasa pasaran.
  • Bahagian keempat, Simulator Penerbangan, fokus kepada pengesahan dan ujian idea yang sebenar dengan segmen kecil pada sasaran pasaran.
  • Akhir sekali, bahagian kelima, Semua Sistem Pergi, adalah untuk analisis terakhir bagi membantu anda memastikan idea anda sudah bersedia untuk dimajukan untuk langkah seterusnya.

3. Let Go: How to Transform Moments of Panic into a Life of Profits and Purpose: Expanded Edition audible-icon Audible Audiobook – Unabridged

Pat Flynn (Pengarang, Pencerita), Flynnspired Productions (Penerbit)

4.7 daripada 5 bintang  dengan 79 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Dalam edisi yang diperluas dari buku Let Go, pengarang terlaris dan usahawan dalam talian yang berjaya, Pat Flynn mendedahkan apa maksudnya untuk melepaskan sesuatu yang menahan perjalanan kita daripada mencapai impian yang kita idamkan dan pencapaian yang kita inginkan.

Dengan lapan bab baru, Flynn berkongsi dengan pendengar mengenai kebijaksanaan yang dipelajarunya selama ini sejak beliau diberhentikan pekerjaan seni bina semasa kemerosotan ekonomi AS. Seperti yang diberitahu dalam edisi pertama Let Go, Flynn menggunakan semula set tersebut untuk membina perjalanannya sendiri dan telah menjadi salah satu pemimpin yang disukai akan pemikirannya hari ini dalam bidang Perniagaan internet, Pemasaran dalam talian, dan gaya hidup keusahawanan. 

Berdasarkan edisi pertama Let Go, edisi ini diperluaskan lagi dengan kisah Pat dalam penerokaan komprehensif mengenai tindakan dan seni “melepaskan pergi” sebagai bahagian pertumbuhan penting yang manusia perlukan, seperti yang diceritakan melalui perjalanan Perniagaan dalam talian selama lapan tahun – dengan penuh liku-liku kesusahan untuk mempelajari dan mengamalkannya dalam perjalanan anda. 

Let Go menunjukkan anda gambaran mengenai potensi masa depan anda – untuk memberi inspirasi tentang apa yang tidak mustahil, dan juga memahami sebahagian cabaran dan perjuangan yang akan berlaku ketika anda membina perniagaan sendiri dan mencipta kehidupan yang anda mahukan. Anda akan mengetahui bagaimana Pat mengharungi cabaran dan belajar melepaskan keinginan untuk mengatakan ya terhadap semua perkara, melepaskan kepercayaan terbatas yang beliau percaya boleh mengendalikan dalam semua aspek perniagaannya, melepaskan perassan keengganan untuk merangkul perubahan, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mengalami situasi yang sama seperti Pat untuk mencapai impian anda sendiri, tetapi tidak bagaimana untuk memulakannya, maka anda akan temui jawapan tersebut dalam Let Go. Tambahan pula, kita semua mesti sanggup menghadapi cabaran yang sama jika kita mahu membuka potensi kita tang sebenar iaitu melepaskan diri kita dari sesuatu.

4. Blogging Secrets: An Uncommon Guide to Generating Six Figures on the Internet, Escaping the 9-5 and Living the Dot Com Lifestyle Paperback – Mac 14, 2013

Oleh Mr. John Chow (Pengarang), Mr. Peng Joon (Penyumbang)

4.6 daripada 5 bintang dengan 10 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Mengapa terdapat lebih daripada 100 juta blog di internet tetapi 97% daripada mereka gagal menjana satu sen sekalipun? Apa kekurangan yang mereka hadapi ialah sistem. Bukan hanya sembarangan siste,m rawak. Tetapi sistem yang telah dicuba dan diuji berkali-kali keberkesanannya, sistem yang telah berfungsi berkali-kali, dengan erti kata lain, sistem yang TERBUKTI. Anda cuma perlu mengikuti nasihat langkah demi langkah oleh dua pakar industri yang telah melancarkan banyak 7 angka laman web mereka sendiri. Mereka akan membantu anda melalui setiap proses, dari awal sehinggalah anda berjaya membuahkan hasilnya.

5. Make Money Online: Roadmap of a Dot Com Mogul Kindle Edition

Oleh John Chow (Pengarang), Michael Kwan  (Penyumbang)  Format: Edisi Kindle

4.0 daripada 5 bintang dengan 32 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Blog. Ia mungkin pernah menjadi buku harian yang digemari melalui diari peribadi dalam talian, tetapi blog dengan begitu cepat telah menjadi sesuatu yang berpengaruh dan sah sama seperti surat khabar dan majalah di arus perdana ini. Adakah anda tahu bahawa anda juga boleh menjana pendapatan yang sihat melalui blogging? Adakah anda mahu menjana 5 angka setiap bulan? Saya boleh beritahu anda bagaimana caranya. Nama saya ialah John Chow dan blog peribadi saya secara konsisten menghasilkan lebih daripada $40,000 sebulan. Dalam buku ini, saya menerangkan dengan tepat bagaimana saya berjaya menghasilkan dari $0 sehingga mencapai $40,000 sebulan dalam beberapa jam sahaja sehari. Saya akan menemani anda menyelami setiap proses, setiap langkah demi langkah, membongkar semua rahsia yang pro blogger yang lain tidak berani untuk berkongsi dengan anda. Apa yang anda tunggu lagi? Tinggalkan kehidupan masa lalu anda dan mulakan hidup baru dengan memasuki blogosfera!

6. Nothing’s Changed But My Change: The ShoeMoney Story 

Jeremy Schoemaker (Pengarang), Kate Sprouse (Pengarang), John Edmondson (Pencerita), & 1 seorang lagi

4.3 daripada 5 bintang dengan 78 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Dunia kita ini telah berubah, jika anda tidak menyedarinya.

Cara kita berkomunikasi, makan, membeli, The way we communicate, consume, shop, menukar, dan temu janji semuanya telah berubah – disebabkan oleh Internet. Tetapi ia mungkin telah mengubah seseorang keseluruhannya. Ini adalah kisah ShoeMoney yang benar-benar kaya, daripada introvert ke extrovert, gemuk ke kurus.

Mempunyai pengalaman sikap tidak menghormati terhadap autoriti dan tatabahasa sejak blognya banyak dibaca, Shoemoney.com, Nothing’s Changed but My Change menceritakan perjalanan dari zaman kanak-kanaknya yang sukar sebagai kanak-kanak gemuk “bisu” sehingga menjadi seorang dewasa yang mencapai keunggulan, kekayaan, dan kebahagiaan sebagai salah seorang yang menerajukan Internet terkemuka di dunia

dalam bidang pemasaran. Kadang kala, ianya adalah falsafah, provokatif, dan sangat lucu dan pada orang lain, ia adalah manual panduan ringkas untuk menghasilkan wang dan membelanjakannya sebanyak mungkin.

Sejujurnya telus dan mengejutkan, anda tidak akan percaya bahawa anda menyukai dan mengikuti pencerita ini dan menghabiskan bacaan buku beliau dengan memperbaharui keyakinan diri serta harapan baru. Pada akhirnya, Schoemaker – lelaki di sebalik penceritaan ini – memberikan kefahaman bahawa tiada yang mustahil sekiranya anda meraikan diri anda dan menghargai bakat yang anda ada kerana – apa yang beliau belajar – perkara ini tidak akan pernah berubah.

7. Hustle: The Power to Charge Your Life with Money, Meaning, and Momentum audible-icon Audible Audiobook – Unabridged

Patrick Vlaskovits (Pengarang), Neil Patel (Pengarang), Jonas Koffler (Pengarang), Brian Sutherland (Pencerita), & 1 orang lagi

4.3 daripada 5 bintang  dengan 134 penilaian

resurge-reviews-banner-image

New York TimesLos Angeles TimesUSA Today, dan IndieBound yang paling terlaris yang mana Fortune mengatakan bahawa mesti diketahui oleh mana-mana usahawan!

Sering kali merasakan bahawa kita seperti underdog yang memperjuangkan sistem yang berat sebelah terhadap kita. Kita berkerja keras, mengikut peraturan, dan mengimpikan kehidupan yang lebih baik. Tetapi hari ini, berkerja keras tidak selalu membawa kepuasan kepada diri kita. Malah, mengikut kajian Gallup, hampir 90% orang berasa tidak gembira dengan pekerjaan mereka. Jadi bagaimana anda meloloskan diri untuk meraih kegigihan dan mencapi lebih banyak kejayaan mengikut kata hati anda sendiri?

Hustle. Rahsia terletak pada perubahan dan meletakkan pertaruhan kecil terhadap usaha yang mendorong anda berubah dari diri anda yang sekarang kepada diri anda yang sebenarnya.

Dalam Hustle, Neil Patel, Patrick Vlaskovits, dan Jonas Koffler – tiga usahawan dan perunding terkemuka negara – telah bergabung untuk mengajar anda bagaimana melihat pekerjaan dan kehidupan anda melalui lensa baru – satu berdasarkan penemuan projek yang anda gemari dan orang serta peluang yang menyokong bakat, pertumbuhan, pendapatan, dan kebahagiaan anda. 

Pengarang mendedahkan kerangka kerja kepada tiga bahagian iaitu Hati, Kepala dan Tabiat. Setelah ini, anda akan mempelajari cara untuk mentakrifkan semula matlamat anda sebagai hala tuju untuk mencapai kejayaan dengan menggunakan kekuatan, yang bertentangan, nasihat, termasuk:

  • Mengapa anda perlumempunyai impian anda sendiri, bukan meniru impian orang lain
  • Cara untuk mencipta tuah anda sendiri dan “POP”
  • Cara untuk mengkhianati diri anda sendiri supaya tetap setia kepada diri sendiri – dan mencipta potensi anda sendiri
  • Empat kerjaya utama dan laluan yang terbaik untuk anda

Lebih daripada sekadar panduan kerjaya yang mencetuskan inspirasi, Hustle bertujuan untuk mengubah cara bekerja dan hidup anda secara asasnya, dan memberi anda peluang untuk memajukan diri anda dalam dunia yang tidak menentu sekarang ini. 

8. ProBlogger: Secrets for Blogging Your Way to a Six-Figure Income 3rd Edition

Oleh Darren Rowse  (Pengarang), Chris Garrett  (Pengarang)

4.3 daripada 5 bintang  dengan 225 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Salah satu buku blog terlaris yang telah dikemas kini, ditulis oleh dua blogger yang paling berjaya di dunia

Ada sebab mengapa dua edisi pertama buku ini telah terjual ribuan naskhah di seluruh dunia. Ditulis oleh dua blogger yang paling berjaya di dunia, ia adalah salah satu buku yang paling jelas pengisiannya di luar sana mengenai cara untuk menjana pendapatan dari blog anda. Edisi terbaru ini memberikan anda maklumat terkini perubahan baru-baru ini yang mempengaruhi landskap blog untuk tujuan perniagaan. Meampilkan bahan baru di Twitter, Facebook, dan LinkedIn; malah cara dan alat baharu untuk menambahkan audience anda dan mengembangkan perniagaan anda melalui blog, naskhah peribadi blogger ini sangat bagus dan tiada tandingannya.

  • Membantu orang baru untuk memilih tajuk blog, analisa pasaran, memulakan blog, mempromosikannya, dan menjana pendapatan
  • Memberi teknik terbukti blogger bagi orang yang bercita-cita tinggi dan alat yang mereka perlukan untuk berjaya dalam membina perniagaan melalui blog
  • Mendedahkan 20 bahan kunci utama untuk catatan blog yang berjaya
  • Menawarkan arahan langkah demi langkah yang padu mengenai bagaimana blogger menghasilkan wang, Offers solid, step-by-step instruction on how bloggers actually make money, mengapa ia penting, bagaimana untuk menggunakan alat blogging yang penting dan mengambil kelebihan yang ada pada media sosial dan pengagregat kandungan, bagaiman untuk mengoptimumkan iklan anda, dan banyak lagi
  • Termasuk teknik untuk menarik dan mengembangkan audience dan bagaimana untuk menggunakan peluang perniagaan yang baru melalui blog

Ditulis oleh dua blogger sepenuh masa, ia adalah mengasyikkan, ProBlogger yang telah dikemas kini ini mendedahkan anda dengan tepat bagaimana untuk melancarkan dan mengekalkan blog yang menghasilkan wang.

9. Find Your Spark 90-day Journal: Daily reflections and prompts to uncover what’s meaningful in your life Hardcover – Februari 5, 2019

Oleh Darren Rowse (Pengarang), Kelly Exeter (Penyumbang)

3.0 daripada 5 bintang  dengan 2 penilaian 

resurge-reviews-banner-image

Darren Rowse mendapati dirinya tidak bermatlamat dan tidak bersemangat pada tahun 2008. Beliau pernah mengalami perasaan ini dua kali sebelumnya, dan kedua-dua waktu itu beliau berusaha untuk mencari semangat dirinya kembali. Kali ini, walaupun, beliau memutuskan untuk mencari semula semangat dirinya dengan bersungguh-sungguh. Setelah beberapa percubaan dan refleksi diri dengan orang lain yang menghadapi perkara yang sama, beliau telah mengenal pasti 5 perkara yang membuatkan kehidupan lebih bermakna dan telus:

  • Pertimbangan
  • Rasa ingin tahu 
  • Kreativiti
  • Silaturahim
  • Sumbangan

Sekiranya anda telah kehilangan semangat dalam diri anda dan mahu mengambil jalan pintas untuk mencari semula diri anda, jurnal 90 hari ini adalah panduan yang sempurna untuk membongkar apa yang penting dan bermakna sepanjang perjalanan hidup anda.

10. This Is Marketing: You Can’t Be Seen Until You Learn to See 

Oleh Seth Godin  (Pengarang)

4.6 daripada 5 bintang dengan 834 penilaian

resurge-reviews-banner-image

#1 Jurnal Terlaris Wall Street

New York Times Paling Terlaris
Pendekatan berasaskan permainan untuk pemasaran, jualan, dan pengiklanan.

Seth Godin telah mengajardan memberi inspirasi jutaan usahawan, pemasar, pemimpin, dan peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat, melalui blog, kursus dalam talian, kuliah, dan buku terlaris beliau. Beliau adalah pencetus idea yang pelbagai yang telah diadaptasikan dalam bahasa perniagaan, dari Permission Marketing ke Purple Cow to Tribes sehingga The Dip.

Baik, untuk pertama kalinya, Godin mendedahkan inti kebijaksanaannya tentang pemasaran dalam satu pakej ringkas, mudah diakses, dan abadi. Pemasaran ini menunjukkan bagaiman melakukan kerja yang anda banggakan, sama ada anda pengasas teknologi yang baru, pemilik perniagaan kecil, atau sebahagian daripada syarikat besar. Pemasaran yang bagus tidak menggunakan pembeli untuk menyelesaikan masalah syarikat mereka; mereka menggunakan hal pemasaran untuk menyelesaikan masalah orang lain. Taktik mereka berdasarkan sifat empati, silaturahim, dan emosi buruh dan bukannya iklan yang mencuri perhatian dan corong spam emel.

Tidak kira apa produk atau perkhidmatan anda sekalipun, buku ini akan bantu anda untuk membetulkan kembali bagaimana ia ditunjukkan kepada dunia, untuk berhubung secara bermakan dengan orang yang betul-betul menginginkannya. Seth mendedahkan pendekatannya dengan menggabungkan wawasan khas, penelitian, dan contoh terbaik untuk mengajar anda:

  • Bagaimana untuk membina kepercayaan dan kebenaran dengan pasaran sasaran anda.
  • Seni kedudukan–bukan sahaja memutuskan untuk siapa, tetapi bukan untuk siapa.
  • Mengapa cara terbaik untuk mencapai matlamat anda adalah dengan membantu orang lain capai apay yang mereka inginkan.
  • Mengapa pendekatan lama untuk mengiklankan dan menjenamakan tidak lagi berkesan.
  • Peranan keteganganyang mengejutkan dalam apa jua keputusan (atau tidak).
  • Bagaimana pemasaran pada terasnya tentang kisah yang kita sampaikan mengenai status sosial kita.

Anda boleh melakukan pekerjaan yang penting untuk orang yang memerlukannya. Buku ini akan menunjukkan caranya.

11. The Dip (When to Quit and When to Stick) Audio CD – Abridged, Januari 1, 2008

Oleh Seth Godin  (Pengarang)

4.3 daripada 5 bintang  dengan 1,037 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Pepatah lama adalah salah—pemenang mengalah, dan pengalah menang. Setiap projek baru (atau pekerjaan, atau hobi, atau syarikat) bermula dengan keasyikkan dan keseronokan. Kemudian ia menjadi lebih sukar dan kurang menyeronokkan, sehingga ia mencecah titik paling rendah—sangat sukar, dan tidak menyeronokkan langsung. Dan kemudian anda bertanya pada diri anda jika matlamat anda berbaloi untuk semua kesukaran itu. Mungkin anda berada dalam keadaan Dip—rasa kemunduran sementara yang akan menjadi lebih baik jika anda terus berusaha. tetapi ia mungkin juga Cul-de-Sac, yang tidak akan menjadi lebih baik, tidak kiralah sebanyak mana pun anda cuba. Berdasarkan pengarang terlaris Seth Godin, apa perbezaan yang benar antara superstar daripada orang lain adalah kebolehan untuk melepaskan diri dari jalan buntu dengan cepat, sementara kekal fokus dan bersemangat apabila betul-betul memerlukannya. Pemenang mengalah dengan cepat, selalu mengalah, dan mengalah tanpa bersalah—sehinggalah mereka berada dalam keaddan Dip untuk sebab yang benar. Malah, pemenang ingin menjadi Dip.

Mereka sedar bahawa semakin besar halangan tersebut, semakin besar ganjaran yang bakal mereka terima. Sekiranya anda boleh menjadi nombor satu dalam sesuatu perkara, anda akan dapat lebih banyak keuntungan, kemuliaan, dankeselamatan jangka masa yang adil. Pengalah, sebaliknya, tergolong dalam dua perangkap asas. Sama ada mereka gagal menjadi Dip—mereka berubah menjadi Dip untuk sementara dan kemudian mengalah—atau mereka tidak pernah berusaha untuk menjadi Dip. Sama ada anda seorang pereka grafik, wakil jualan, atlit, atau CEO yang bercita-cita tinggi, buku kecil yang menyeronokkan ini akan bantu anda untuk mengetahui sekiranya anda adalah Dip yang layak untuk masa, tenaga, dan bakat anda. Sekiranya ya, Dip akan memberi inspirasi kepada anda untuk kekal tabah dan kuat. Jika sebaliknya, buku ini akan bantu anda memberanikan diri untuk berhenti—supaya anda boleh menjadi nombor satu terhadap sesuatu perkara yang lain. Seth Gordin tidak mempunyai semua jawapan yang anda inginkan. Tetapi beliau akan bantu anda untuk bertanya soalan tersebut dan menemui jawapannya.

12. Tribes: We Need You to Lead Us 

Oleh Seth Godin  (Pengarang)

4.4 daripada 5 bintang dengan 988 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Jurnal terlaris New York Times, BusinessWeek, dan Wall Street yang telah ditakrifkan semula apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang pemimpin.
 
Oleh kerana jurnal ini telah pertama kali diterbitkan pada hampir sedekad yang lalu, buku berwawasan oleh Seth Gordin ini telah membantu puluhan ribu pemimpin menjadi pengikut setia beliau. Sekiranya anda ingin mengumpulkan pekerja, pelanggan, pelabur, penganut, peminat hobi, atau pembaca mengenai idea, buku ini akan merealisasikannya. Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari suku, sama ada mereka beragama, beretnik, berekonomi, berpolitik, mahupun pemuzik (fikirkan Deadheads). Sekarang Internet telah   Now the Internet tiada batasannya terhadap geografi, kos, dan masa. Media sosial memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu melakukan perbezaan.

Dengan bakat dan kepandaiannya dalam penceritaan, Godin mendedahkan tiga kangkah untuk membina suku: keinginan untuk mengubah keadaan, kebolehan untuk menghubungkan silaturahim, dan kesediaan untuk memimpin. Sekiranya anda rasa kepimpinan adalah untuk orang lain, fikirkan semula—pemimpin mempunyai pakej yang mengejutkan. Pertimbangkan tentang Joel Spolsky dan suku antarabangsa beliau dalam jurutera perisian pintar dan menakutkan. Atau Gary Vaynerhuck, pakar arak yang mempunyai pengikut yang amat setia. Chris Sharma memimpin suku pendaki batumengharungi tebing yang membahayakan, manakala Mich Mathews, VP di Microsoft, memimpin suku pedalaman pemasarannya dari kubusnya di Seattle.
 
Suku akan membuat anda berfikir—sangat berfikir—mengenai peluang untuk mengekalkan audience yang ada di hujung jari anda. Ia bukan mudah, tetapi ia mudah dari apa yang anda sangkakan.

13. Linchpin: Are You Indispensable? 

Oleh Seth Godin  (Pengarang)

4.4 daripada 5 bintang dengan 1,019 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Dalam ‘buku yang padat, mudah diakses dan bermatlamat ini,’ (Alan Webber, Pengasas, Fast Company) pengarang perniagaan terlaris, Seth Godin  mendedahkan bagaimana anda mempunyai potensi untuk melakukan perubahan yang besar-dan menjadikan diri anda sentiasa diperlukan dalam proses tersebut-di mana sahaja anda berada.

Mengapa sebilangan orang begitu mudah kehilangan sumber, diperkecilkan, atau dibebaskan dalam kekaburan, sementara orang lain mempunyai pilihan dalam peluang mereka? Dalam bukunya yang paling hebat, Seth Godin berhujah bahwa ia sangat penting untuk menjadi seseorang yang diperlukan – untuk menjadi penghubung. Penghubung adalah asas penting dalam organisasi yang besar: mereka mencipta, memimpin (tanpa mengira tajuk), menghubungkan orang lain, menjadikan sesuatu itu berlaku, dan mewujudkan ketenteraman daripada kekacauan.


Mereka suka akan kerja mereka dan melakukan yang terbaik dan mengubah setiap hari menjadi sebuah seni – dan, dalam dunia hari ini, mereka dapat pekerjaan yang terbaik dan kebebasan yang tidak terungkap.

Godin mendedahkan kunci untuk menjadi seseorang yang diperlukan adalah dengan mengharungi ketakutan yang sering menahan kita melakukan sedemikian. Sekiranya anda menemui jalan pintas yang orang lain terlepas, menjumpai cara baru untuk menyelesaikan konflik, atau membuat perhubungan dengan seseorang yang orang lain sukar melakukannya, anda telah menjadi seseorang yang diperlukan. Ini adalah masanya untuk mengikut sistem dan lukis peta anda diri.

‘Ribuan pengarang menulis buku perniagaan setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecil mencapai status bintang dan rangkaian kuliah A-list. Masih sedikit – cuma satu sahaja – mampu melakukan perkara mustahil tersebut. . .Godin menyumbangkan gabungan pemikiran berlawanan dengan intuitif dan ‘ BusinessWeek ‘ yang menyeronokkan.

14. Purple Cow: Transform Your Business by Being Remarkable Paperback – Julai 1, 2007

Oleh Seth Godin  (Pengarang)

4.4 daripada 5 bintang dengan 684 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Sama ada anda adalah Purple Cow atau sebaliknya. Sama ada anda luar biasa atau sebaliknya. Buat pilihan anda. Apa persamaan antara Apple, Starbucks, Dyson dan Pret a Manger? Bagaimana mereka mencapai pertumbuhan yang pesat, meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan kekal dalam industri? Senarai semak lama yang digunakan dalam pemasaran – Harga, Promosi, Publisiti – tidak berfungsi lagi. Zaman kegemilangan pengiklanan telah berakhir. Sudah tiba masanya untuk mewujudkan Purple Cow.”Purple Cow” ditafsirkan sebagai sesuatu fenomena, sesuatu yang bertentangan dan menyeronokkan serta rata-rata sukar dipercayai. Dalam buku terlarisnya yang baru, Seth Godin menggesa anda menjadikan Purple Cow dalam semua perkara yang anda bina, untuk mencipta sesuatu yang benar-benar ketara. Ia adalah manifesto untuk sesiapa sahaja yang mahu bantu mencipta produk dan perkhidmatan yang bernilai pemasarannya.

15. Wise Guy: Lessons from a Life Hardcover – Februari 26, 2019

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang)

4.6 daripada 5 bintang dengan 173 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Ikon Silicon Valley icon dan pengarang terlaris, Guy Kawasaki berkongsi kisah benar dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.

Guy Kawasaki telah menjadi tumpuan dalam dunia teknologi sejak beliau menjadi sebahagian pasukan asal Macintosh dari Apple pada tahun 1980. Beliau dikagumi dan dihormati sebagai sumber kebijaksanaan beliau dalam bidang keusahawanan, modal teroka, pemasaran, dan penginjilan perniagaan, yang mana beliau telah kongsikan dalam buku terlaris beliau seperti The Art of the Start dan Enchantment. Tetapi sebelum beliau menjadi terkenal, beliau hanyalah kanaka-kanak kelas menengah di Hawaii, cucu kepada pendatang Jepun, yang menyukai bola sepak dan dapat C+ dalam subjek English ketika berada dalam gred 9.

Wise Guy, buku peribadinya, adalah tentang perjalanan hidupnya yang tidak dijangkakan. ia bukan memori tradisional tetapi siri vignet. Beliau bergurau dengan mengatakan buku ini Miso Soup for the Soul, kerana kisah ini (lebih kurang seperti siri Chicken Soup) mencerminkan pelbagai pengalaman yang memberi pencerahan dan inspirasi kepada beliau.

Sebagai contoh, anda akan mengikuti kisah beliau ketika beliau . . .
  •  Mendapat pekerjaannya yang pertama di perniagaan  barang kemas–yang ternyata merupakan latihan yang sangat berguna di dunia teknologi.
  •  Menghina salah seorang rakan kongsi yang berpotensi di Apple di hadapan CEO syarikat tersebut, atas hasrat Steve Jobs yang licik.
  •  Meninggalkan kerjayanya di Apple dengan satu ayat, setelah Jobs menahan salinan pra-pelepasan kempen iklan Think Different: “Tidak mengapa, Steve, Saya juga tidak mempercayai anda.”
  •  Menilai semula kepentingan diri setelah disalah anggap sebagai Jackie Chan oleh empat orang wanita muda.
  •  Meluncur sukan air pada umur 62 tahun–yang mengajar beliau bahawa anda boleh menerola minat pada usia berapa pun, tetapi pada usia muda lebih mudah!

Guy berkongsi semuanya dari nilai moral ke kemahiran perniagaan hingga ilmu keibubapaan. Ketika beliau menulis, “Saya harap kisah saya bantu anda menjadikan hidup anda lebih gembira, produktif, dan bermakna. Jika Wise Guy berjaya pada masa ini, jadi ini adalah antara kisah terbaik.”

16. Reality Check: The Irreverent Guide to Outsmarting, Outmanaging, and Outmarketing Your Competition Kindle Edition

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang)  Format: Edisi Kindle

4.5 daripada 5 bintang dengan 113 penilaian

resurge-reviews-banner-image

“Jangan pernah terfikir untuk memulakan sesuatu perkara tanpa membaca Reality Check oleh Guy Kawasaki” –BizEd

Selama seperempat abad, dalam pelbagai samaran sebagai usahawan, penginjil, modal teroka, dan guru, Guy Kawasaki telah memerhatikan trend yang meragukan, teori sketsa, dan kebodohan secara terang-terangan yang sering berlaku dalam perniagaan hari ini. Terlalu ramai orang panik mengejar PERKARA BESAR BERIKUTNYA untuk mengetahui bahawa semua yang mereka lakukan adalah KESALAHAN BESAR TERAKHIR.

Reality Check adalah panduan yang mengandungi semua perkara dalam satu oleh Kawasaki untuk memulakan dan mengendalikan organisasi yang hebat-yang bertahan ketika ujian sepanjang masa dan mengabaikan sebarang perubahan dalam teori perniagaan. Volume yang sangat diperlukan ini mengumpulkan, mengemas kini, dan memperluaskan entri terbaik dari blognya yang terkenal dan memaparkan semua perkara yang tidak dapat ditiru dari menghasilkan emel yang berkesan untuk mencegah “ledakan bozo.”

17. Enchantment: The Art of Changing Hearts, Minds, and Actions Paperback – Disember 31, 2012

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang)

4.2 daripada 5 bintang dengan 377 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Enchantment, seperti yang ditarifkan oleh guru perniagaan terlaris iaitu Guy Kawasaki, ia bukan mengenai memanipulasikan seseorang. Ia mengubah situasi dan juga sesuatu perhubungan. Ia mengubah permusuhan menjadi kesopanan dan kesopanan menjadi sebuah pertalian. Ia mengubah seseorang yang skeptis dan sinis menjadi seorang yang percaya akan sesuatu serta seseorang yang ragu-ragu menjadi seorang yang setia. Enchantment boleh berlaku ketika transaksi runcit, perundingan korporat pada peringkat tinggi, atau mengemas kini Facebook. Dan apabila ia dilakukan dengan betul, ia lebih berkuasa berbanding pujukan secara tradisional, pengaruh, atau teknik pemasaran.

Kawasaki berpendapat bahawa dalam interaksi peribadi dan perniagaan, matlamat anda bukanlah hanya untuk mendapatkan apa yang anda mahukan tetapi ia untuk membawa perubahan yang sukarela, ketahanan, dan menggembirakan bagi orang lain. Dengan memasukkan tujuan dan keinginan mereka sendiri, dengan menjadi disukai dan dipercayai, dan dengan merangka tujuan yang boleh diterima oleh orang lain, anda boleh mengubah hati, pemikiran, dan tindakan seseorang.

18. The Art of Social Media: Power Tips for Power Users Hardcover – Disember 4, 2014

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang), Peg Fitzpatrick  (Pengarang)

4.0 daripada 5 bintang dengan 646 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Sekarang ia jelas sama ada anda mempromosikan perniagaan, produk, atau diri anda sendiri, media sosial merupakan puncak yang menentukan kejayaan atau kegagalan anda. Dan terdapat ramai pakar, pengarang, dan perunding yang ingin membantu dan menasihati anda.

Tetapi tidak ada seorang pun seperti Guy Kawasaki, bekas ketua penginjil di Apple dan salah seorang perintis perniagaan untuk blog, tweet, Facebook, Tumblr dan lebih banyak lagi. Kini Guy telah berkerjasama dengan Peg Fitzpatrick, yang beliau katakan adalah seorang media sosial paling terbaik yang pernah ditemui, menawarkan The Art of Social Media—satu panduan penting yang anda wajib ada untuk memanfaatkan masa, tenaga, dan wang anda.

Mempunyai lebih dari seratus tips, petua, dan pandangan praktikal, Guy dan Peg mengemukakan strategi dari atas hingga bawah untuk menghasilkan kehadiran yang fokus, teliti, dan menarik di platform media sosial yang paling popular. Mereka akan bantu anda melalui setiap langkah unutk membina asas anda, mengumpulkan aset digital anda, mengoptimumkan profil anda, menambahkan lebih ramai pengikut, dan mengintegrasikan media sosial dan blog dengan lebih efektif.

Bagi orang yang baru bermula yang terpegun dengan pelbagai pilihan serta perofesional berpengalaman untuk meningkatkan keadaan mereka, The Art of Social Media penuh dengan taknik berkesan yang telah terbukti di dunia nyata. Atau bak kata Guy, “barang hebat, tiada bulu.”

19. The Art of the Start: The Time-Tested, Battle-Hardened Guide for Anyone Starting Anything Hardcover – September 9, 2004

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang)

4.5 daripada 5 bintang dengan 432 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Produk baru, perkhidmatan baru, syarikat baru, pembahagian baru, sesuatu yang baru—di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ia bermula dengan impian yang ingin kita laksanakan, inspirasi murni sekali dalam seunur hidup, obsesi, penggunggulan dunia, aplikasi yang membunuh, perkara besar yang seterusnya. Setiap orang yang mahu membuat dunia ini adalah tempat yang lebih baik mempunyai idea yang sangat bernas.

Tetapi apa yang patut dilakukan untuk mengubah idea tersebut menjadi realiti? Sama ada anda adalah seorang usahawan, pengusaha, atau tentera salib yang tidak mahu keuntungan, tiada kekurangan nasihat yang boleh dicari tentang isu seperti menulis rancangan perniagaan, merekrut, meningkatkan

modal, dan jenama. Malah, terdapat terlalu banyak buku, artikel, dan laman Web yang mana ramai syarikat terjebak ke tahap kegagalan. Atau mereka salah memilih keutamaan mereka lalu gagal sebelum mereka tahu kesalahan yang telah mereka lakukan.

Dalam The Art of the Start, Guy Kawasaki membawa pengalaman dua dekad sebagai salah satu perniagaan yang asal dan ahli strategi yang tidak sopan untuk menawarkan panduan penting untuk sesiapa sahaja yang mahu memulakan sesuatu, daripada syarikat multinasional hingga sekumpulan gereja. Pada tahun 1980 di Apple, beliau telah bantu memimpin salah sebuah syarikat hebat pada abad ini, mengubah pengguna biasa menjadi penginjil.  At Apple in the 1980s, he helped lead one of the great companies of the century, turning ordinary consumers into evangelists. Sebagai pengasas dan CEO Perusahaan Teknologi Garaj, firma modal teroka, beliau telah menguji ideanya dengan berpuluh-puluh syarikat baru. Dan sebagai pengarang buku dan artikel perniagaan terbaik, beliau telah menasihati ribuan orang untuk mencapai impian mereka menjadi realiti.

Dari menjana pendapatan hingga ke mengambil orang yang tepat untuk berkerja, dari menentukan kedudukan anda untuk mencipta jenama, dari membuat sesuatu untukmenjayakan pertandingan, dari menguruskan dewan untuk memupuk komuniti, buku ini akan membimbing anda melalui sebuah pemgembaraan yang lebih berseni berbanding sains—the art of the start.

20. APE: Author, Publisher, Entrepreneur-How to Publish a Book 1st Edition

Oleh Guy Kawasaki  (Pengarang), Shawn Welch  (Pengarang)

4.7 daripada 5 bintang dengan 1,120 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Versi APE  ini telah dikemas kini dengan kandungan, fakta, bentuk, alat, dan sumber yang terkini pada 25 Januari, 2013. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan apa yang telah ditambahkan berbanding APE sebelum ini, sila layari apethebook.com/updates. Ini adalah versi 1.1 (Austen).

Pada tahun 2011, salah satu penerbit buku saya, Enchantment, tidak dapat membuat pesanan untuk 500 salinan buku. Disebabkan oleh pengalaman ini, saya menerbitkan sendiri buku saya yang seterusnya, What the Plus!, dan mempelajari bahawa menerbitkan buku secara sendiri adlah suatu proses yang kompleks, membingungkan, dan rumit. Bak kata Steve Jobs, “Pasti ada jalan yang lebih baik.”

Bersama dengan With Shawn Welch, pakar teknologi, saya telah menulis APE untuk membantu orang menguasai kerjaya penulisan mereka. Tesis APE adalah berkuasa namun mudah: mengisi peranan sebagai Pengarang, Penerbit dan Usahawan telah membuahkan hasil yang menyaingi penerbitan tradisional. Kami gelar ini sebagai “penerbitan artisanal”– yang mana, apabila penulis yang menyukai karya mereka mengendalikan sendiri proses penerbitan dan menghasilkanbuku berkualiti tinggi.

APE mempunyai 300 langkah demi langkah, nasihat taktikal dan inspirasi praktikal. Sekiranya anda mahukan keasyikkan, buku cepat kaya, anda patut cari yang lain. Jika anda berasa sebaliknya, jika anda mahukan panduan yang komprehensif dan realistik untuk penerbitan sendri, APE adalah jawapannya.

21. I Will Teach You To Be Rich Paperback – Mac 23, 2009

Oleh Ramit Sethi  (Pengarang)

4.4 daripada 5 bintang dengan 1,695 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Akhirnya, untuk generasi yang bercita-cita tinggi secara material tetapi tidak mempunyai kewangan yang cukup, ini adalah untuk anda, I Will Teach You To Be Rich, program kewangan peribadi Ramit Sethi selama 6 minggu untuk mereka yang berumur 20 hingga 35 tahun. Pendekatan praktikal yang lengkap diutarakan dengan gaya yang tidak menghakimi orang lain membuat pembaca mahu mempraktikkan apa yang Seth katakan, ia berdasarkan empat tonggak kewangan peribadi–perbankan, simpanan, penganggaran, dan pelabuhan–dan idea pembangunan keusahawanan peribadi.

Sethi berkongsi cara untukmenjimatkan masa tanpa membuang masa menguruskan kewangan; mitos dan senjata api mengenai kad kredit; cara berunding seperti orang India–perbualan bermula dengan “tidak”; kenapa “Penganggaran Tidak Pelu Rumit!”; cara untuk

merealisasikan sesuatu perkara–dengan benar–dengan hanya $20; apa yang ramai orang tidak tahu tentang cukai; cara membuat CEO mengajak anda untuk makan tengahari; cara untuk mengelak perangkap Super Mario Brothers dengan menggandakan simpanan anda lebih dari apa yang anda usahakan; perbezaan antara murah dan jimat; hubungan tersembunyi antara duit dan makanan. Tidak lupa juga kunci pengajarannya yang pertama: Memulakan sesuatu perkara adalah lebih penting berbanding menjadi seseorang yang paling pintar dalam sesebuah tempat. Selari dengan laman webnya, yang mana pembaca boleh menggunakan carta interaktif, mengikuti maklumat terkini, dan menyertai komuniti, ia adalah rangka tindakan untuk membina kekayaan dan keselamatan kewangan.

Setaip bulan, 175,000 pengikut unik yang melayari laman Ramit Sethi’s, Iwillteachyoutoberich.com, meneroka laluan untuk menuju kebebasan kewangan. Mereka sangat memuji pendekatan beliau (“Laman web anda merangkumi semua perkara yang saya mahukan dalam hidup–untuk menjadi kaya kewangan, kaya pengalaman, kaya dengan keberkatan keluarga,” Dan Esparza) dan sangat berkesan (“Kawan, anda sangat rock. Saya suka laman web ini!” Richard Wu). Akhbar juga terpegun akan karya beliau: “Ramit Sethi merupakan seorang bintang yang semakin menaik dalam dunia penulisan kewangan peribadi . . . salah seorang yang peka akan pendekatannya dengan generasinya. one singularly attuned to the sensibilities of his generation. Gayanya adalah sebahagian budak frat dan geek Lembah silikon, dengan sedikit hipster San Francisco” (San Francisco Chronicle). Penulisan beliau adalah bijak, suara beliau penuh dengan kehormatan, dan idea beliau adalah luar biasa dan bebas dengan kesegaran. 

22. I Will Teach You to Be Rich, Second Edition: No Guilt. No Excuses. No BS. Just a 6-Week Program That Works Paperback – Mei 14, 2019

Oleh Ramit Sethi  (Pengarang)

4.7 daripada 5 bintang dengan 1,929 penilaian

resurge-reviews-banner-image

JURNAL TERLARIS NEW YORK TIMES dan WALL STREET yang mengagumkan dengan mengajari generasi kini bagaimana untuk menjana lebih banyak, menyimpan lebih banyak, dan menjalani kehidupan yang kaya-raya—sekarang dalam edisi ke-2 yang telah dikemas kini

Belilah seberapa banyak saham yang anda mahukan. Pilih akaun dan pelaburan yang betul supaya wang anda menjadi berlipat ganda—secara automatik. Yang paling terbaik, belanjakannya tanpa rasa bersalah untuk perkara yang anda suka.

Pakar kewangan peribadi, Ramit Sethi digelar sebagai “ahli sihir kekayaan” oleh Forbes dan “guru baru di abad ini” oleh Fortune. Kini beliau mengemas kini dan memperluaskan pendekatan beliau dalam klasik wang modennya untuk usia baru, menyampaikan program 6 minggu tanpa BS yang mudah dan berkesan.

I Will Teach You to Be Rich akan mendedahkan anda:

  • Cara menghapuskan hutang dan pinjaman pelajaran dengan secepat mungkin yang anda tidak sangkakan
  • Cara menubuhkan akaun bank tanpa yuran, faedah tinggi yang tidak akan meragut walau satu sen sekalipun
  • Bagaimana Ramit memanipulasikan kewangan beliau sehingga wangnya masuk berada di tempay yang beliau mahukan—dan cara anda juga boleh melakukannya
  • Cara membincangkan bayaran yang lewat (dengan skrip setiap perkataan demi perkataan)
  • Cara menjana ratusan atau ribuan wang setiap bulan (dan masih membeli apa-apa sahaja yang anda suka)
  • Strategi pelaburan ;set-it-and-forget-it’ yang sangat mudah dan menandingi penasihat kewangan dalam permainan mereka sendiri
  • Cara menangani pembelian kereta atau rumah, membayar perkahwinan, mempunyai anak, dan pelbagai perbelanjaan besar yang lain—bebas tekanan
  • Kata yang tepat untuk merunding kenaikan besar di tempat kerja

Malah, edisi ulang tahun yang ke-10 ini menampilkan lebih daripada 80 muka surat, termasuk:

  • Alat baru
  • Wawasan baru mengenai psikologi dan wang
  • Kisah menarik dan luar biasa tentang bagaimana pembaca terdahulu menggunakan buku ini untuk mencipta kekayaan dalam kehidupan mereka 
  • Kuasai wang anda—dan kemudian teruskan hidup anda. 

23. Your Move: The Underdog’s Guide to Building Your Business Paperback – Januari 31, 2018

Oleh Ramit Sethi  (Pengarang)

4.4 daripada 5 bintang dengan 357 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Dalam buku pertama beliau hampir sedekad yang lalu, pengarang terlaris New York Times, Ramit Sethi berkongsi dengan anda tentang BS dan nasihat buruk untuk meninggalkan pekerjaan 9-to-5. Panduan yang tidak masuk akal ini mendedahkan pengajaran penting yang Seth telah belajar membina blog bilik asramanya menjadi sebuah syarikat 8 angka setahun. Sekiranya anda mahu membina perniagaan yang menghasilkan lebih daripada 5 angka sebulan, buku ini akan tunjukkan kepada anda caranya. Dalam buku ini, anda akan mengetahui:

  • 3 Peraturan Wang (mana-mana perniagaan yang tidak ikut peraturan ini pasti gagal)
  • Cara untuk ketahui perniagaan kita mengaut keuntungan atau sebaliknya dalam masa 45 minit
  • Cara mencari 5 pelanggan pertama anda — dan juga betapa pentingnya 5 yang pertama ini
  • Menjana dari $300 hingga $10,000 sebulan
  • Kebenaran tentang pendapatan pasif dan apa yang perlu dilakukan sebetulnya untuk mengembangkan perniagaan  really automate a business
  • Dan lebih banyak lagi…

24. They Ask, You Answer: A Revolutionary Approach to Inbound Sales, Content Marketing, and Today’s Digital Consumer, Revised & Updated 2nd Edition, Kindle Edition

Oleh Marcus Sheridan  (Pengarang)  Format: Edisi Kindle

4.7 daripada 5 bintang dengan 49 penilaian

resurge-reviews-banner-image

Panduan revolusi yang menandingi perniagaan di seluruh dunia untuk berhenti menjual kepada pembeli mereka dan mula menjawab soalan mereka untuk meraih jawapan; disemak dan dikemas kini untuk menampilkan teknologi, trend, evolusi berterusan antara pengguna digital, dan lebih banyak lagi

Dalam era digital ini, corong penjualan secara tradisional, pemasaran pada kemuncak, penjualan pertengahan, perkhidmatan pelanggan merundum—tidak lagi efektif. Untuk berjaya, para usahawan mesti obses dengan soalan, prihatin, dan masalah yang dihadapi oleh pembeli mereka, dan berhubung dengan mereka secara jujur dan memahami mereka sedalam mungkin. Setiap hari, pembeli beralih ke carian untuk menanyakan berjuta soalan. Mempunyai jawapan yangmereka inginkan menarik ribuan

pembeli yang berpotensi ke syarikat anda—tetapi hanya jika strategi kandungan anda mempunyai jawapan pada bahagian paling atas di hasil carian. Ia adalah persamaan mudah dan berkuasa yang membina pertumbuhan dan kejayaan: They Ask, You Answer.

Menggunakan prinsip ini, pengarang Marcus Sheridan memimpin syarikat kolamnya yang mengalami pergelutan ketika itu dalam kemalangan perumahan tahun 2008 untuk menjadi salah sebuah syarikat pemasangan kolam paling terbesar di Amerika Syarikat. Memanfaatkan strategi beliau yang berkesan boleh bantu mengembangkan perniagaan anda dan kuasai prinsip pemasaran kemasukan dan kandungan pemasaran yang telah membantu ribuan syarikat untuk mencapaipertumbuhan yang begitu pesat.

They Ask, You Answer adalah panduan lurus yang penuh dengan taktik praktikal dan pandangan untuk mengubah strategi pemasaran anda. Edisi terbaru ini telah disemak dan dikemas kini sepenuhnya untuk menggambarkan evolusi kandungan pemasaran dan permintaan pembeli internet yang kini semakin meningkat. Bab baru mendedahkan kesan teknologi, pemasaran konversional, elemen penting setiap perniagaan laman web perlu ada, kebangkitan penggunaan video, dan kisah baru dari syarikat yang telah berjaya eraih pencapaian luar biasa dengan They Ask, You Answer

Setelah membaca buku ini, anda dapat ketahui:

  • Cara untuk bina kepercayaan dengan pembeli melalui kandungan dan video.
  • Cara untuk mengubah kehadiran laman web anda menjadi magnet kepada pembeli yang berkelayakan.
  • Apa yang sesuai untuk dilakukan dan sebaliknya melalui kajian kes baru, mendedahkan keputusan yang benar di dunia ini dari syarikat yang telah menggunkan prinsip ini.
  • Mengapa anda perlu menganggap perniagaan anda sebagai syarikat media, berbanding bergantung kepada cara yang lebih tradisional (dan tidak efektif) untuk pengiklanan dan pemasaran.
  • Cara untuk mendapatkan pembelian di syarikat anda dan benar-benar menerapkan budaya kandungan dan video.
  • Cara untuk mengubah asas pelanggan semasa anda menjadipenyokong setia yang berkongsi tentang syarikat anda kepada orang lain. 

They Ask, You Answer adalah sumber yang wajib anda dapatkan untuk syarikat yang mahu pendekatan segar untuk pemasaran dan jualan yang terbukti untuk menghasilkan lebih banyak laluan lintas, petunjuk, dan jualan.